← Back to list
Prestasi atlit Malaysia di Sukan Olimpik Rio.
Aug 11, 2016
Jonathan Wong terkandas pada pusingan kelayakan acara menembak kategori 50 meter Air Pistol lelaki sukan Olimpik Rio.
Wong kutip 535 mata dan duduki tempat ke 37 daripada 41 peserta sekaligus gagal ke final.
Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy duduki tempat ke 20 pada perlumbaan kelima acara Laser Standard Lelaki dan ke 21 pada perlumbaan keenam.
Dalam acara Laser Radial Wanita, Nur Shazrin Mohamad Latif tempat ke 33 pada perlumbaan kelima dan 35 pada perlumbaan keenam.
Pemanah negara, Khairul Anuar Mohd gagal ulangi pencapaian mara ke suku akhir pada temasya London 2012 dalam acara recurve individu lelaki selepas kalah pada pusingan kedua di Rio.
Stay updated when it comes to local and international sports events!
Find out all the latest scores and news from your favourite sports like football, badminton, tennis, golf and so much more
Make sure you tune in to the Sports Update at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12 pm