← Back to list
Portugal juara Euro 2016.
Jul 11, 2016
Portugal muncul juara Euro 2016 selepas tundukkan tuan rumah, Perancis 1-0 awal pagi tadi.
Biarpun kehilangan Cristiano Ronaldo pada babak pertama akibat kecederaan lutut, ia nyata tidak jejaskan permainan mereka.
Eder jadi wira Portugal apabila jaringkan gol tunggal perlawanan pada masa tambahan.
Ini merupakan kejuaraan pertama yang diraih Portugal pada kejohanan Eropah tersebut.
Pemain pertahanan Portugal, Pepe dipilih pemain terbaik perlawanan akhir.
Sementara itu, pemain Perancis, Antoine Griezmann terima anugerah Kasut Emas selepas muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan 6 gol.
Stay updated when it comes to local and international sports events!
Find out all the latest scores and news from your favourite sports like football, badminton, tennis, golf and so much more
Make sure you tune in to the Sports Update at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12 pm