← Back to list
England dan Sepanyol tersingkir daripada Euro 2016.
Jun 28, 2016
Misi Sepanyol untuk pertahan kejuaraan pada Euro 2016 tersekat pada pusingan 16 terakhir, selepas tewas 0-2 kepada Itali.
Itali buka jaringan menerusi Giorgio Chiellini pada minit ke 33 sebelum Graziano Pelle lengkapkan kemenangan mereka pada masa kecederaan.
Anak buah Antonio Conte akan berdepan Jerman pada saingan suku akhir.
Cabaran England juga berakhir selepas dikejutkan Iceland 2-1.
England mendahului menerusi sepakan penalti seawal minit ke 4 yang disempurnakan Wayne Rooney.
Iceland bangkit dua minit kemudian hasil jaringan Ragnar Sigurdsson diikuti gol kemenangan daripada Kolbeinn Sigthorsson.
Iceland akan bertemu tuan rumah, Perancis pada suku akhir.
Sementara itu, jurulatih England, Roy Hodgson umum letak jawatan ekoran kekalahan tersebut.
Stay updated when it comes to local and international sports events!
Find out all the latest scores and news from your favourite sports like football, badminton, tennis, golf and so much more
Make sure you tune in to the Sports Update at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12 pm