← Back to list
Datuk Lee Chong Wei terkejut kerana terpaksa pulang awal.
Mar 10, 2016
Juara 3 kali, Datuk Lee Chong Wei akui, beliau tidak percaya dirinya tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan badminton All England awal pagi tadi.
Apatah lagi, lawan yang tewaskannya adalah pemain tidak ternama dari India, B. Sai Praneeth.
Menurut beliau, Praneeth bermain dengan amat baik dan berjaya manfaatkan setiap kesilapan yang dilakukannya.
Chong tewas 24-22, 22-20 dalam masa 50 minit.
Hanya tinggal dua beregu lelaki negara, Koo Kean Keat-Tan Boon Heong dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang teruskan kemaraan ke pusingan kedua.
Sebelum itu, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan perseorangan wanita, Tee Jing Yee turut terkandas pada pusingan pertama.
Stay updated when it comes to local and international sports events!
Find out all the latest scores and news from your favourite sports like football, badminton, tennis, golf and so much more
Make sure you tune in to the Sports Update at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12 pm