← Back to list
Chong Wei mara ke separuh akhir All England
Mar 11, 2017
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan seteru utama dari China Lin Dan hanya selangkah lagi untuk merealisasikan pertembungan final impian di All England.
Chong Wei mara ke separuh akhir selepas menewaskan rakan sepasukan Lin Dan, Tian Houwei dengan straight set.
Lin Dan yang juga juara bertahan bagaimanapun terlebih dahulu mara dengan menundukkan pilihan ketiga dari Denmark, Viktor Axelsen
Sementara itu pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying juga mara ke separuh akhir selepas tewaskan pasangan dari China dengan straight set.
Namun satu lagi wakil Malaysia, pasangan beregu lelaki Goh V Shem -Tan Wee Kiong terkandas.
Stay updated when it comes to local and international sports events!
Find out all the latest scores and news from your favourite sports like football, badminton, tennis, golf and so much more
Make sure you tune in to the Sports Update at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12 pm