← Back to list
Khairul Hafiz Jantan gagal pecah rekod kebangsaan 200 meter.
Jul 29, 2016
Hasrat untuk lihat rekod kebangsaan acara 200 meter yang berusia 48 tahun dipecahkan pada Sukma Sarawak tidak kesampaian.
Pada saingan pagi tadi, jaguh pecut muda dari Melaka, Khairul Hafiz Jantan catat 21.03 saat untuk raih emas.
Ia kurang 0.11 saat daripada rekod yang dimiliki pelari lagenda, Tan Sri Dr M. Jegathesan.
Bagaimanapun dia berjaya perbaharui rekod Sukma acara itu yang dicatatnya sendiri pada saingan separuh akhir semalam.
Tempat kedua dimenangi pelari tuan rumah, Jonathan Nyepa manakala juara Sekolah-Sekolah Asean 2015, Badrul Hisham Abdul Manap gagal duduki podium apabila duduki tempat keempat.
Stay updated when it comes to local and international sports events!
Find out all the latest scores and news from your favourite sports like football, badminton, tennis, golf and so much more
Make sure you tune in to the Sports Update at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12 pm