← Back to list
Keputusan pertemuan terakhir EPL musim ini
May 22, 2017
Juara liga perdana Inggeris, Chelsea tamatkan musim ini dengan bergaya apabila benam Sunderland 5-1.
Ia merupakan aksi terakhir kapten The Blues, John Terry di Stamford Bridge yang akan tamat kontrak bulan depan.
Terry yang telah bersama kelab itu selama 22 tahun turut diberi peluang sekali lagi julang trofi di depan penyokong.
The Blues turut muncul kelab pertama liga perdana Inggeris yang menang 30 daripada 38 perlawanan semusim.
Keputusan lain,
Tottenham yang huni tangga kedua liga, belasah Hull City 7-1
Man City tundukkan Watford 5-0, tamatkan saingan di kedudukan ketiga
Liverpool di tempat keempat selepas menang 3-0 ke atas Middlesbrough
Arsenal berada di kedudukan kelima selepas kalahkan Everton 3-1.
dan Man United yang tewaskan Crystal Palace 2-0, keenam.
Stay updated when it comes to local and international sports events!
Find out all the latest scores and news from your favourite sports like football, badminton, tennis, golf and so much more
Make sure you tune in to the Sports Update at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12 pm