← Back to list
Keputusan Euro 2016.
Jun 22, 2016
Aksi kumpulan C Euro 2016 berkesudahan, Jerman kalahkan Ireland Utara 1-0, manakala Poland tundukkan Ukraine juga 1-0.
Jerman layak ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan C, Poland di tempat kedua hanya dibezakan dengan jumlah jaringan.
Sementara itu, aksi kumpulan D pula melihat Croatia kejutkan Sepanyol 2-1, dan Turki tewaskan Republik Czech 2-0.
Croatia teruskan kemaraan selaku juara kumpulan D, diringi Sepanyol yang berada di posisi kedua.
Sepanyol dijadual menentang Itali di pusingan seterusnya.
Dalam pada itu, Slovakia, Hungary dan Ireland Utara turut sahkan tempat ke pusingan kalah mati.
Walaupun Slovakia dan Ireland Utara berada di kedudukan ketiga kumpulan masing-masing, mereka isi slot antara 4 pasukan di kedudukan ketiga, yang terbaik dikalangan 6 kumpulan.
Hungary yang telah kutip 4 mata setakat ini juga akan layak di atas merit yang sama, walaupun jika mereka tewas perlawanan terakhir kumpulan esok.
Stay updated when it comes to local and international sports events!
Find out all the latest scores and news from your favourite sports like football, badminton, tennis, golf and so much more
Make sure you tune in to the Sports Update at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12 pm