← Back to list
Jurulatih Harimau Malaysia tidak tutup pintu kepada empat pemain yang umum persaraan minggu lepas.
Jul 19, 2016
Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee tidak tutup pintu kepada empat pemain JDT yang umumkan persaraan mereka minggu lepas.
Menurut Kim Swee ruang sentiasa terbuka buat Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal sekiranya mereka ingin kembali sarung jersi negara.
Biarpun menghormati keputusan yang dibuat, beliau tetap anggap ia kerugian kepada negara kerana mereka berada di kemuncak prestasi.
Kim Swee turut maklumkan skuad negara akan hadapi tiga perlawanan persahabatan antarabangsa kelas 'A'.
Malaysia dijadual bertemu Indonesia pada 6 September disusuli pertemuan dengan Singapura pada 7 Oktober dan Afghanistan 4 hari kemudian.
Stay updated when it comes to local and international sports events!
Find out all the latest scores and news from your favourite sports like football, badminton, tennis, golf and so much more
Make sure you tune in to the Sports Update at these times:
Weekdays
7am, 8am, 9am, 10am, 5pm, 6pm
Weekend
8am, 10am, 12 pm